Selasa, 18 September 2012

SENYUM DALAM VERSI GEMBIRA @ SEDIH

Assalamualaikum & Salam Ceria.. =)


Senyum ketika gembira
Senyum ketika sedih

Dua baris diatas ada perbezaannya bukan? Gembira dan sedih.  Haa itulah perbezaannya.  Korang pun pasti tau kan?hee  Gembira ialah situasi dimana seseorang itu menghadiahi senyuman seikhlas hati kepada sesiapa saja di sekelilingnya.  Senyuman itu yang menggambarkan bahawa seseorang itu tengah gembira atau bersedih.   TAPI terdapat juga insan yang berpura-pura gembira sedangkan hakikatnya dia sedang bersedih.  Pernahkah anda temui insan seperti ini?  Atau adakah anda orangnya? *tak perlu jawab.  Jawab dalam hati saja. =)

Bukan senang untuk meletakkan diri kita dalam situasi kedua > senyum ketika sedih.  Kali ni saya highlight kan perkataaan tu dengan warna merah menyala supaya kefokusan kita tertumpu kepada hal itu. :D
Baiklah.. tanpa buang masa lagi, saya nak kongsikan pendapat saya sendiri mengenai situasi ini.  Tak dilupakan juga pengalaman orang lain diselitkan tanpa menggunakan nama sebenar.hihi  Pada pendapat saya la kan, senyum ketika berduka ni lebih bererti buat diri seseorang itu.  Contohnya, Aishah sedih kerana ada masalah keluarga.  Di depan kawan-kawannya, dia tak tunjukkan kesedihan itu malah berlagak biasa seperti tak ada apa yang berlaku.  Selain itu, dia boleh lagi bergurau senda dengan orang disekelilingnya.  Haa can u see that.  Actually it is the fake situation but she can hide her sadness and show the happiness on her faces.  <Betul tak BI aku ni. Kalau tak betul, tolong betulkan ye.  Sesungguhnya saya budak baru belajar>  #peace ;)

Bukan senang untuk berpura-pura gembira didepan orang ramai sedangkan sebenarnya diri kita diselubungi duka.  Walaupun kegembiraan yang tidak terkata dipamerkan pada wajah, pasti ada ketika duka itu terserlah disebalik renungan mata. Chewah! bermadah pula aku ni. Tapi aku nak terangkan kat sini, ni bukan sekadar bermadah tau tapi kenyataan.  Real. Fact. Buktinya, aku juga pernah berada kat situasi ni tapi tak nak la kongsi nanti korang tau rahsiaku..:')

Bukan HIPOKRIT tau orang yang macam ni.  Pada pendapat aku, orang yang sembunyikan duka dan pamerkan kegembiraan pada luaran ialah orang yang bijak dan baik hati.  Sebab apa?  Sebab:  Mereka pandai berlagak tenang walaupun menghadapi konflik dalaman atau kesedihan.  Nampak tak kebijakan mereka ni?  Sebab kedua:  Mereka tak nak menyusahkan orang lain.  Yelah, kalau tunjukkan kesedihan mesti orang lain nak tau masalah kita apa dan andaikata kita tak nak bagitahu diorang apa masalah kita, mesti akan susahkan fikiran diorang bukan?.  Aku pernah susahkan fikiran sahabat-sahabatku tau.  Kesian diorang tak pasal-pasal turut terlibat dalam konflik kesedihanku itu.  Dulu aku kurang matang sikit.  Bila ada masalah aku akan cuba jauhkan diri daripada sahabat-sahabatku dan hal ini yang membuat mereka cukup terasa denganku.  Aku tak nak susahkan diorang tapi aku buat satu kesilapan.  Aku tambah menyusahkan hati dan fikiran mereka dengan sikap seperti itu.  Jahatnya aku.. Maaf aku tak ada niat pun nak buat macam tu..:'(

Dah.. cukup la. Jangan sedih-sedih lagi.  Alhamdulillah, sahabat-sahabatku itu mengerti akan diriku.  Malah ada juga yang memberi nasihat dan dorongan kepadaku. Syukran yaa shodiQi.. Uhibbukh fillah.. :')

Akhir kata, sapa nak amalkan senyum ketika sedih ni, dia memang bijak dan baik hatilah.. Terbaik! hehehe 

P/S:  Enjoy my writing.. Have a nice day <3 

~Wassalam~