Isnin, 8 Julai 2013

Assalamualaikum

DONT BE SAD

If you are stricken by poverty others are chained in debt.
If you don't have shoes others have no feet.
If you feel pain now others have been aching for years.
If your son dies, others have lost many! 
If you have sinned, then repent.
If you have committed a mistake correct it
The doors of repentance are ever open!
The fountain of forgiveness is ever rich!
So, don't be sad! Let all bygones be bygones!
What is predestined for you, you shall see it!
Being sad will not change anything!
So DON'T BE SAD 
Sadness spoils your life!
Destroys your happiness!
And turn it into wretchedness!
Supplication is your shield! Prayer is your beacon!
Prostration is your means! So don't be sad

See how vast is the earth! How nice are the gardens and forests!
How bright are the stars! All are happy, but you are sad! So don't be sad!
You have sweet water to drink! Fresh air to breathe! Feet to walk with! 
You sleep safely in your bed! So, why be sad???
Every cloud has a silver lining, after long nights, come the bright sun!
Life will soon give you a smile! So be ready to get it. And don't be sad! Real life is that spent in happiness! 
So cross out your sad days from your age! Peace of mind is the real treasure!
Sorrow avails not! So don't be sad!
Rasulullah SAW said " Look at those who are inferior to you and do not look at those who are superior to you, for that is more likely to keep you from despising Allah's favor on you" (Riwayat Abu Hurairah)

So, brothers and sisters, 
There are many who have less than us, and who are going through more than us, let us all sit and reflect.  Praise and give thanks to Allah for all of the blessings we have, all the good that has been given to us.  And let us also remember those who do not have much in our duas, our prayers..

SO DON'T BE SAD

Isnin, 20 Mei 2013

LAFAZ YANG TERSIMPAN :)

Assalamualaikum...
Terimalah bait kata-kata yang lahir dari hati dan mindaku yang muncul sebentar tadi..hehe
Ikhlas..
Suatu perkara yang aku impikan
Dalam menghadapi situasi getir
Dalam menghadapi putus asa
Dalam menghadapi kekecewaan
Malah kepedihan hati yang melanda
Ikhlas..
Semakin aku terluka semakin sukar ikhlas itu aku gapai
Semakin aku meratap semakin sukar aku ikhlaskan hati
Menerima setiap kekecewaan dan kehilangan bukannya mudah.
Ikhlas..
Pasti akan ku peroleh dengan izin ALLAH
Pada-MU aku memohon agar hati ini,
Hati hamba-hambaMU yang lain tetap tabah
Tabath dalam menghadapi dugaan hidup yang telah Engkau tetapkan.
Aku hanyalah seorang muslimah yang sungguh lemah
Banyak kekurangannya..
Aku mencintaiMU walaupun aku sedar diriku tak sempurna
Namun aku yakin dengan takdir yang telah tertulis
Aku percaya Engkau tidak akan berikan sesuatu beban yang tidak dapat ditanggung oleh diriku
Meski pahit, getir akanku hadapi.. In Shaa Allah
P/s:  Ikhlas adalah ketika kamu tidak pernah lagi merasa tersakiti atau meratap atas kehilangan seseorang atau sesuatu.. :')   Jadi kepada sesiapa yang telah kehilangan seseorang tak kisah la orang tu dah meninggal dunia, putus dengan makwe/pakwe, bercerai dengan suami atau isteri dan kehilangan pekerjaan, INGATLAH jangan bersedih selalu.. Allah bersama kita. ^^
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah ibuku.. aamiin

Jumaat, 5 April 2013

Secebis Kata-kata Motivasi dari Ana Farra

Assalamualaikum...


Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikanlah kepadaku keyakinan bahawa takdirMU lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan. Aamiin 

**************************

Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".
Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".
Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH MELANGKAH ".
kita merancang,Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')

 **************************
 Kamu TAHU satu-satunya ALASAN mengapa Allah memisahkan kita?
~♥> Karena kita terlalu DEKAT, melampaui yang seharusnya .

Kamu tahu alasan mengapa Allah mencipta JARAK antara kita?
~♥> Karena Allah ingin kita saling MENDOAKAN , dalam jauhnya pandangan sekalipun .
...
Kamu tahu alasan adanya kelopak pada mata?
~♥> Untuk membiarkannya terpejam , BERISTIRAHAT dari memandangmu dalam NYATA .

✿ Sesekali aku hanya ingin BICARA , sekadarnya saja , tidak lama .
✿ Setidaknya sapalah aku ketika kita bertemu mata ,
✿ Namun di balik telapak tangan ini , sebuah NAMA terukir INDAH ,
♥~ Belum dapat ku baca..KATA Allah masih RAHASIA ~♥
♥ sabar itu indah jika dinanti brsama Allah,, :')

                                            ************************** 

Ketika kaki tersesat tak tentu arah
Ketika bahu melemah tiada sandaran
Ketika hati perih tiada pengubat

Hasbunallah wanikmal wakil
Cukuplah Allah Menjadi Penolong Kami

La Tahzan Innallaha Ma'ana
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita

Innallaha ma'asshobirin
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar

~Jangan pernah mengira kita sempurna dalam bersendirian, kerana Allah akan senantiasa ada, menjadi petunjuk, penenang, tempat bersandar, pengubat luka..:)

                                         **********************

Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah..aku tertarik dengan fesyen dunia tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia..indahnya SYARIAT menutup aurat, bermaruah dan bersopan..kerana aku ingin bergelar solehah, aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..✿~

>>> Islam itu indah dan CANTIK kerana indah dan cantiknya AKHLAK yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..In shaa Allah.. :') 




By: Ana Farra (Coretan Dari Nur)

Khamis, 1 November 2012

Sebuah perkongsian : Tangisan hamba

Assalamualaikum..

Untuk pertemuan kali ini, aku hanya mampu kongsikan sebuah tazkirah daripada seorang penulis iaitu saudara Mohd Redhuan Abdul Muin.  Jom baca.. hayati dan insyaAllah jadikan teladan dalam kehidupan seharian kita bersama..  :') 

Selasa, 18 September 2012

SENYUM DALAM VERSI GEMBIRA @ SEDIH

Assalamualaikum & Salam Ceria.. =)


Senyum ketika gembira
Senyum ketika sedih

Dua baris diatas ada perbezaannya bukan? Gembira dan sedih.  Haa itulah perbezaannya.  Korang pun pasti tau kan?hee  Gembira ialah situasi dimana seseorang itu menghadiahi senyuman seikhlas hati kepada sesiapa saja di sekelilingnya.  Senyuman itu yang menggambarkan bahawa seseorang itu tengah gembira atau bersedih.   TAPI terdapat juga insan yang berpura-pura gembira sedangkan hakikatnya dia sedang bersedih.  Pernahkah anda temui insan seperti ini?  Atau adakah anda orangnya? *tak perlu jawab.  Jawab dalam hati saja. =)

Bukan senang untuk meletakkan diri kita dalam situasi kedua > senyum ketika sedih.  Kali ni saya highlight kan perkataaan tu dengan warna merah menyala supaya kefokusan kita tertumpu kepada hal itu. :D
Baiklah.. tanpa buang masa lagi, saya nak kongsikan pendapat saya sendiri mengenai situasi ini.  Tak dilupakan juga pengalaman orang lain diselitkan tanpa menggunakan nama sebenar.hihi  Pada pendapat saya la kan, senyum ketika berduka ni lebih bererti buat diri seseorang itu.  Contohnya, Aishah sedih kerana ada masalah keluarga.  Di depan kawan-kawannya, dia tak tunjukkan kesedihan itu malah berlagak biasa seperti tak ada apa yang berlaku.  Selain itu, dia boleh lagi bergurau senda dengan orang disekelilingnya.  Haa can u see that.  Actually it is the fake situation but she can hide her sadness and show the happiness on her faces.  <Betul tak BI aku ni. Kalau tak betul, tolong betulkan ye.  Sesungguhnya saya budak baru belajar>  #peace ;)

Bukan senang untuk berpura-pura gembira didepan orang ramai sedangkan sebenarnya diri kita diselubungi duka.  Walaupun kegembiraan yang tidak terkata dipamerkan pada wajah, pasti ada ketika duka itu terserlah disebalik renungan mata. Chewah! bermadah pula aku ni. Tapi aku nak terangkan kat sini, ni bukan sekadar bermadah tau tapi kenyataan.  Real. Fact. Buktinya, aku juga pernah berada kat situasi ni tapi tak nak la kongsi nanti korang tau rahsiaku..:')

Bukan HIPOKRIT tau orang yang macam ni.  Pada pendapat aku, orang yang sembunyikan duka dan pamerkan kegembiraan pada luaran ialah orang yang bijak dan baik hati.  Sebab apa?  Sebab:  Mereka pandai berlagak tenang walaupun menghadapi konflik dalaman atau kesedihan.  Nampak tak kebijakan mereka ni?  Sebab kedua:  Mereka tak nak menyusahkan orang lain.  Yelah, kalau tunjukkan kesedihan mesti orang lain nak tau masalah kita apa dan andaikata kita tak nak bagitahu diorang apa masalah kita, mesti akan susahkan fikiran diorang bukan?.  Aku pernah susahkan fikiran sahabat-sahabatku tau.  Kesian diorang tak pasal-pasal turut terlibat dalam konflik kesedihanku itu.  Dulu aku kurang matang sikit.  Bila ada masalah aku akan cuba jauhkan diri daripada sahabat-sahabatku dan hal ini yang membuat mereka cukup terasa denganku.  Aku tak nak susahkan diorang tapi aku buat satu kesilapan.  Aku tambah menyusahkan hati dan fikiran mereka dengan sikap seperti itu.  Jahatnya aku.. Maaf aku tak ada niat pun nak buat macam tu..:'(

Dah.. cukup la. Jangan sedih-sedih lagi.  Alhamdulillah, sahabat-sahabatku itu mengerti akan diriku.  Malah ada juga yang memberi nasihat dan dorongan kepadaku. Syukran yaa shodiQi.. Uhibbukh fillah.. :')

Akhir kata, sapa nak amalkan senyum ketika sedih ni, dia memang bijak dan baik hatilah.. Terbaik! hehehe 

P/S:  Enjoy my writing.. Have a nice day <3 

~Wassalam~









Isnin, 9 Julai 2012

Dia Ratu Hatiku..

Assalamualaikum & Salam Ceria..

This is first entry from me.. Im just want to share with u all about who are my QUEEN @Permaisuri @Ratu in my life & in my heart..

RATU???
Siapakah ratu dalam hati anda? Mesti macam-macam jawapan yang korang jawab kan? Tapi percaya atau x, hampir 90% akn menjawab "IBU lah ratu hatiku"!! 10% peratus lagi mungkin akan menjadikan isteri, kekasih, sahabat, kucing kesayangan dan kereta sebagai ratu mereka.  Betul ke ni?? Ni pendapat aku jer.. napa korang nak percaya bulat-bulat pula..hehe  Oleh kerana aku dalam kategori 90% itu maka dengan sukacitanya aku nak kongsikan dulu ngan sapa-sapa yang baca entry aku ni tentang seorang RATU dalam hidup aku..:')
Tentu korang pernah dengar lagu "Ibu" yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee suatu ketika dahulu..

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Yup.. semestinya & satu kewajipan untuk aku menjadikan ibu sebagai RATU dalam hatiku..
"kasih ayah membawa bahagia, kasih ibu membawa ke syurga"
Miss everything about u mom.. I dedicated every job that I've done for u.  Semoga Allah menempatkan dirimu dalam kalangan orang-orang yang beriman..  Amiin